• Imagen 1 HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS PART 1
    The final chapter of the "Harry Potter" film series begins as Harry, Ron and Hermione leave Hogwarts behind and set out to find and destroy the Horcruxes -- the secret to Voldemort's power and immortality.

SAYA SAYANG YUI


Aku mula suka kat YUI bila dengar lagu Tokyo & Life beberapa tahun lepas. Salah satu sebab aku suka giler dia, sebab dia pandai main gitar & alat-alat muzik yang lain. Tengok muka dia pon dah nampak dia ni tak sombong (agaknya). Kalau nak tau lebih lanjut pasal YUI, klik kat sini. Tapi bukan kisah cinta aku dengan YUI aku nak share kat entry kali ni. Aku nak share pasal album (single kot) baru dia bertajuk RAIN yang baru di'launch' pada 24 November 2010 lepas.


So, ni sedikit info pasal album tu:
  • Title: Rain
  • Artist: YUI
  • Genre: Ballad
  • Language: Japanese
  • Release Date: 2010.11.24

 

Tracklist

01. Rain
02. a room
03. How crazy ~YUI Acoustic Version~
04. Rain ~Instrumental~


DOWNLOAD !!

* download selagi available kat internet







DIGITAL GUITAR TUNER





Alhamdulillah, final exam (sem 1) dah habis. Sekarang tengah praktis main gitar sambil menunggu 3/12 ni untuk pulang ke KL. Nak kata reti main sangat tu idok le. Baru je belajar main beberapa chord. Haha... 

Sebenarnya rindu betul nak belajar main gitar. Tapi disebabkan gitar aku (Miss G) ada kat KL dan aku pulak ada kat KT, payah pulak nak bersua. Tersadai je kat rumah dengan tali gitar yang dah lari tune tu. Kalau bab nak tuning gitar ni memang ada 'fail' sikit. Maklum la baru setahun jagung. :)

Cakap pasal tune teringat aku kat guitar tuner yang baru aku beli kat bandar (KT)  sambil teman member pilih gitar klasik. Harganya dalam RM50 untuk digital tuner. Bukan boleh tune gitar je, violin ke  ukulele ke  cello pon boleh. Ni gambarnya:

Cara nak pakai memang teramat senang.
1) Klipkan tuner kat 'head' gitar.
2) Tekan butang on.
3) Pilih mode untuk instrument. Kalau gitar pilih mode G.
4) Petik satu-satu tali gitar (E-A-D-G-B-E)
5) Kalau pointer (jarum) ada kat tengah-tengah maksudnya pitch dia dah betul la tu.

Sebab musabab aku beli bende alah ni sebab memudahkan aku dan member2 lain nak tune gitar depa. Secara tak langsung benda alah ni beri aku sedikit semangat supaya meneruskan latihan meraba tali gitar. Hehe.

KENAPA AKU TAK BELI MACBOOK?


Kalau cakap pasal macbook mesti ada yang cakap "Wah! MacBook tu", "Apple Fanboy betul!" dan macam-macam lagi kata-kata pujian. Aku ni bukan PC racist atau Mac racist. Rata-rata yang dengar pasal MacBook mesti ingat harganya yang mahal. Paling murah (original) boleh dapat RM 3299 (White MacBook & MacBook Air) RM 3899 (MacBook Pro & iMac). Tapi bagi sesiapa yang teringin nak pakai jugak Mac yang murah punya, boleh la beli Mac Mini (RM 2399). So korang boleh guna monitor, keyboard dan mouse macam kat PC biasa.

Selalu jugak pakai MacBook Pro abang aku. Boleh kata semuanya tip top. Tapi biasalah kalau pakai Mac, ada je hardware/device yang special untuk dia.

MACBOOK APPLICATION
Aku sangat sangat sangat suka application kat Mac ni. Contohnya:
 
-iMovie, boleh edit video setanding pro.

-iPhoto pulak boleh organize dan edit photo. Slideshow dia memang mantop tak hengat. Satu lagi feature ada pada iPhoto, korang boleh tag nama kawan, keluarga, makwe, pakwe korang dan bila korang masukkan gambar baru, secara automatiknya nama depa keluaq (tetiba cakap utare).

-Satu lagi keynote, boleh kata macam microsoft powerpoint, tapi lagi advance. Kalau korang buat presentation di kelas atau ofis, mesti orang ingat korang pro.

Ada macam-macam lagi application yang best untuk korang explore.

KELEBIHAN MAC DI MATA AKU
-Design yang cantik
-Laju dan takda virus.
-Tak perlu  anti-virus.
-Kualiti skrin & performance yang mantop.
-Bateri tahan lama.
-Stylo kalau bawak pi mana-mana


KEKURANGAN MAC DI MATA AKU
- Kena beli hardware/device yang special dan agak mahal (original).
- Tak semua game yang famous kat PC, boleh main di Mac.
Bila baru beli Mac, korang akan lupakan awek/pakwe sementara waktu. Sebab Mac sangat menawan.
- Agak mahal bagi sesiapa yang kurang mampu.


SO, KENAPA AKU TAK BELI MAC??
Sebabnya, bermodalkan RM 3000, aku boleh beli laptop yang lagi mantop. RAM DDRIII 4GB, ATI Radeon 1GB, hard disk storage yang lagi besar dari MacBook. Satu lagi sebab, aku masih lagi belajar, kalau aku bawak Mac pi kolej, tak tau la apa akan jadi. Silap-silap putih mata aku nanti. Huhu.......

Overall aku boleh kata Mac sangat bagus!.

JANGAN BERI SALAM!




Akhir-akhir ni sibuk sikit dengan final exam, so tak dapat nak update blog ni. Masa check facebook tadi terjumpa satu post pasal ucapan "SALAM" yang selalu kita pakai bila jumpa member atau sesiapa yang beragama Islam. Rupa-rupanya ada maksud lain disebalik perkataan "SALAM" tu.. Wallahualam. So tanggungjawab saya sebagai Muslim ialah untuk berkongsi pengetahuan. Harap apa yang saya terima dan beri ni adalah perkara yang benar.


Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".


Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

السلاما=keamanan.....


Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.


Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”


 dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”


Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,


saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;


WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;        


           “WAALAI KUM SALAM


Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata


Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…


Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer


Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti    ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.


Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!


Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.


Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan              “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.


Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.


Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana as salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.



So mulai sekarang jom kita ubah cara kita beri salam dari "salam" ke "Assalamualaikum" atau "As salam"


p/s Selalu dengar selebriti kat Malaysia ni jawab "wa'alaikum salam" & bukannya "wa'alaikumussalam"..

(sumber:http://www.facebook.com/amat.aj1#!/note.php?note_id=457904658106&id=100000550294269)

WAYANG : HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS: PART 1




Nilah movie yang aku nanti-nantikan. Boleh kata die-hard-fan la jugak dengan movie Harry Potter. Dari die kecik sampai dah besar boleh buat menantu. Memang tak menyesal korang pergi tengok. Bagi yang tak tau, nilah chapter/siri terakhir Harry Potter yang dibuat 2 bahagian. Bahagian yang kedua kena tunggu tahun depan. Bagi aku kali ni cerita dia lebih menarik dari sequence yang sebelum ni. Aku bagi 5 bintang untuk movie ni.

Aku sampai GSC times square dalam pukul 10 pagi, sampai-sampai je dah ramai beratur. Rata-rata ramai yang nak tengok Harry Potter berbanding movie "2 Alam" yang Dr Rozmey gembar gemburkan sebagai pecah panggung dengan pungutan sasaran lebih RM 40 juta (macam tak masuk akal je untuk bersaing dengan Harry Potter).

Tapi aku kurang senang bila ada pengulas cerita tak diundang dalam panggung tadi. Dari awal sampai akhir bercakap je. Tak kisahlah janji diorang bahagia. (Ayat pasrah). So ini description ringkas tentang movie ni:


Language: English
Genre: Adventure, Fantasy
Running Time: 2 hours 27 minutes
Director: David Yates
Cast: Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson, Ralph Fiennes, Bill Nighy, John Hurt, Rhys Ifans, Helena Bonham Carter, Robbie Coltrane, Imelda Staunton, Jason Isaacs, Miranda Richardson, Warwick Davis, Alan Rickman, Maggie Smith, Brendan Gleeson, Ciaran Hinds, Timothy Spall, David Thewlis, Julie Walters, Tom Felton, Bonnie Wright, Jamie Campbell Bower, Richard Griffiths, Matthew Lewis, Evanna Lynch, Fiona Shaw, Helen McCrory, David O'Hara, Natalia Tena.

Synopsis:
The final chapter of the "Harry Potter" film series begins as Harry, Ron and Hermione leave Hogwarts behind and set out to find and destroy the Horcruxes -- the secret to Voldemort's power and immortality.

(Source: Warner Brothers)











p/s Tak sabar nak tengok Narnia & Tron Legacy :)
Apalah nasib 2 alam kan kan kan..

SALAM AIDILADHA

OUH I SEE! & AMALIVE PRODUCTION
MENGUCAPKAN
SALAM AIDILADHA KEPADA MUSLIMIN & MUSLIMAT

BANDAR DALAM TANAH





Sedang negara-negara lain rancak membina pencakar langit, berbeza pula dengan Siberia. Sebuah firma pembinaan Rusia, AB Elise, telah merancang projek yang diberi nama Eco-city 2020, disebuah zon industri di bandar Mirny, Yakutia. Eco-city akan dibina di kawah buatan manusia dengan diameter sekitar 1 kilometer dan sedalam 550 meter. Menurut pereka dari AB Elise, bandar ini akan dijanakan oleh tenaga matahari.



Kawah buatan manusia (Mir Mine) adalah kawah kedua terbesar di dunia. Kawah ini akan ditutup dengan kubah kaca. Luas keseluruhan Eco-city ini ialah 2 juta meter persegi yang boleh menampung seramai 100 000 orang.



Para arkitek menyarankan agar "bandar taman" ini akan menjadi mercu tanda di Siberia Timur. Bagaimanapun menurut SakhaNews, belum ada sesiapa yang tahu projek ini di Yakutia.




Sumber dari: www.metkere.com  

DIGITAL LIFESTYLE EXPO 2010



Buat pertama kali di Malaysia, pengguna-pengguna teknologi berpeluang untuk turut serta dalam pameran atau ekspo digital terbesar yang dianjurkan oleh PIKOM. Ekspo selama 3 hari itu diadakan di KL Convention Centre mulai 10 Disember ini sehingga 12 Disember. Lebih 400 booth dibuka dan disertai oleh pelbagai syarikat.


Ini merupakan kali pertama PIKOM mengadakan ekspo sebegini yang meletakkan peralatan elektronik dan komunikasi mudah alih di bawah satu bumbung. Ekspo ini terbahagi kepada 6 segmen iaitu  Cs Pavilion (that will feature consumer electronics, computers and communications); 3D/LED TVs and AV / Home Entertainment; DCIM (which stands for Digital Camera, Imaging and Media); ICT / Multimedia / Devices; Games; and lastly Mobile / Broadband / Wireless. 


Lebih 50 jenama antarabangsa turut serta:
- 3Cs Pavilions – Apple, Panasonic, Sony and Toshiba
- 3D/LED TVs and AV / Home Entertainment – LG, Philips, Onkyo, Samsung, DETV, EACAN, Edifier, Sonic Gear, Swedish Statement and Vivitek
- DCIM – Fujifilm, Nikon, Olympus, Panasonic and Samsung
- ICT / Multimedia / Devices – ACER, Dell, HP, Lenovo, Samsung, Toshiba and Western Digital
- Games – Ballun, CIB Net Station, DF Interactive, Garena, MOL and Razer
- Mobile /
Broadband / Wireless – Blackberry, CSL, Huawei, Nokia, Celcom, Digi, Maxis, P1 Wimax and TM



Untuk maklumat lanjut sila ke:

BILA ROBOT RETI BERLAKON



Bayangkan kalau semua kerja manusia ni robot yang buat. Dari buat Maggie, bancuh Milo, buat assignment, korek hidung, cuci baju. Masa tu manusia cuma duduk kat rumah, goyang pinggang, membuncitkan perut, memberatkan tulang. Bagai di syurga katanya. Mungkin tak lama lagi pelakon-pelakon seperti Aaron Aziz, Rozita Che Wan, Fizz Fairuz & lain-lain diganti dengan robot humanoid. Tak tau lah apa akan berlaku tahun-tahun mendatang.


Germenoid-F adalah robot yang membintangi sebuah drama di Jepun berperanan sebagai penjaga. Ini adalah impian pengarah drama tersebut dimana sebuah robot tidak mempunyai ego and lakukan apa sahaja yang disuruh. Ini adalah video sebalik tabir lakonan Germanoid-F.


GAJET : NOKIA N8



Baru-baru ni Nokia dah launch handphone terbaru mereka iaitu Nokia N8 di samping Nokia C7 dan Nokia X3. Antara ciri terbest pada Nokia N8 ni:

-Operating System (OS) Symbian 3 
-Kamera 12mp
-Rakaman video definisi tinggi -720p (HD)
-Sambungan ke HDTV
-USB on-the-go (korang boleh connect thumbdrive terus ke N8)
-Ovi Map percuma selamanya








Ni pulak spesifikasi selengkapnya
- 360 x 640 pixels, 3.5 inches screen
- Multitouch screen
- Scratch resistant (Gorilla glass)
- 16 GB storage, 256MB RAM, 512 MB ROM
- GPRS Class 33
- EDGE Class 33
- 3G HSDPA, 10.2 Mbps; HSUPA, 2.0 Mbps
- Wi-Fi 802.11 b/g/n, UPnP technology
- Bluetooth v3.0 with A2DP
- TV-out (720p video) via HDMI and composite
- Dolby Digital Plus via HDMI
- Anodized aluminum casing
- MP3/WMA/WAV/eAAC+ player
- DivX/XviD/MP4/H.264/H.263/WMV player
- Voice command/dial
- Document viewer (Word, Excel, PowerPoint, PDF)
- Video/photo editor
- Flash Lite v4.0
- Music playback Up to 50 h
- Battery Li-Ion 1200 mAh (BL-4D)
- Weight 135 g







p/s Tapi aku dengar ramai pembeli hantar balik ke penjual sebab kegagalan sistem pada Nokia N8. Apa-apa pun setiap benda mesti ada kekurangan.

WAYANG: SKYLINE



Baru je tengok movie ni selepas pergi ke The GoMobile Expo (KLCC). Alang-alang dah ada kat KLCC aku pun usha kat TGV. Tengok macam menarik. Aku pun pergi kaunter cakap kat cashier kata nak tiket pukul 1 petang.. Nah RM13. Nak kata menarik pon bolehlah. Macam cerita predator pun ada transformers pun ada. Babak paling saspen dalam movie tu bile kereta Ferrari kena lanyak dengan makhluk asing tu. Satu panggung terkejut. Hehe. So ni description dia:


Release Date: 12 November 2010
Language: English
Genre: Science Fiction
Running Time:1 hour 33 minutes
Director: Colin Strause, Greg Strause
Cast:Brittany Daniel, David Zayas, Donald Faison, Eric Balfour, Neil Hopkins, Scottie Thompson.


Synopsis: In "Skyline", we follow events after a night of partying when a group of friends are distracted by beams of light awakening everyone in Los Angeles and attracting every person like a moth to a flame. As the night progresses, they soon discover that once addicted to the light, one would vanish into thin air, and that extraterrestrial forces are starting to swallow the entire human race.


WAYANG: MEGAMIND



Aku baru tengok movie Megamind ni minggu lepas setelah menonton movie Unstopable. Boleh kata menarik dan sesuai ditonton seisi keluarga. Kalau nak mem-bestkan lagi, korang tengoklah yang 3D punya. Gerenti puas hati. Aku kasi 4 bintang daripada 5. So ini description tentang movie ni



Release Date: 4 November 2010
Language: English
Subtitle: Malay, Chinese
Genre: Animation
Running Time: 1 hour 45 minutes
Director: Tom McGrath
Cast: Brad Pitt, Jonah Hill, Tina Fey, Will Ferrell.


Synopsis: Megamind is the most brilliant supervillain the world has ever known - and also the least successful! Over the years, he has tried to conquer Metro City in every imaginable way. Each attempt, a colossal failure thanks to the caped superhero known as Metro Man, an invincible hero until the day Megamind actually kills him in the throes of one of his botched evil plans. Suddenly, Megamind has no purpose. A supervillain without a superhero. He realises that achieving his life's ambition is the worst thing that ever happened to him.