• Imagen 1 HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS PART 1
    The final chapter of the "Harry Potter" film series begins as Harry, Ron and Hermione leave Hogwarts behind and set out to find and destroy the Horcruxes -- the secret to Voldemort's power and immortality.
Showing posts with label cerita kosong. Show all posts
Showing posts with label cerita kosong. Show all posts

DIGITAL GUITAR TUNER





Alhamdulillah, final exam (sem 1) dah habis. Sekarang tengah praktis main gitar sambil menunggu 3/12 ni untuk pulang ke KL. Nak kata reti main sangat tu idok le. Baru je belajar main beberapa chord. Haha... 

Sebenarnya rindu betul nak belajar main gitar. Tapi disebabkan gitar aku (Miss G) ada kat KL dan aku pulak ada kat KT, payah pulak nak bersua. Tersadai je kat rumah dengan tali gitar yang dah lari tune tu. Kalau bab nak tuning gitar ni memang ada 'fail' sikit. Maklum la baru setahun jagung. :)

Cakap pasal tune teringat aku kat guitar tuner yang baru aku beli kat bandar (KT)  sambil teman member pilih gitar klasik. Harganya dalam RM50 untuk digital tuner. Bukan boleh tune gitar je, violin ke  ukulele ke  cello pon boleh. Ni gambarnya:

Cara nak pakai memang teramat senang.
1) Klipkan tuner kat 'head' gitar.
2) Tekan butang on.
3) Pilih mode untuk instrument. Kalau gitar pilih mode G.
4) Petik satu-satu tali gitar (E-A-D-G-B-E)
5) Kalau pointer (jarum) ada kat tengah-tengah maksudnya pitch dia dah betul la tu.

Sebab musabab aku beli bende alah ni sebab memudahkan aku dan member2 lain nak tune gitar depa. Secara tak langsung benda alah ni beri aku sedikit semangat supaya meneruskan latihan meraba tali gitar. Hehe.

KENAPA AKU TAK BELI MACBOOK?


Kalau cakap pasal macbook mesti ada yang cakap "Wah! MacBook tu", "Apple Fanboy betul!" dan macam-macam lagi kata-kata pujian. Aku ni bukan PC racist atau Mac racist. Rata-rata yang dengar pasal MacBook mesti ingat harganya yang mahal. Paling murah (original) boleh dapat RM 3299 (White MacBook & MacBook Air) RM 3899 (MacBook Pro & iMac). Tapi bagi sesiapa yang teringin nak pakai jugak Mac yang murah punya, boleh la beli Mac Mini (RM 2399). So korang boleh guna monitor, keyboard dan mouse macam kat PC biasa.

Selalu jugak pakai MacBook Pro abang aku. Boleh kata semuanya tip top. Tapi biasalah kalau pakai Mac, ada je hardware/device yang special untuk dia.

MACBOOK APPLICATION
Aku sangat sangat sangat suka application kat Mac ni. Contohnya:
 
-iMovie, boleh edit video setanding pro.

-iPhoto pulak boleh organize dan edit photo. Slideshow dia memang mantop tak hengat. Satu lagi feature ada pada iPhoto, korang boleh tag nama kawan, keluarga, makwe, pakwe korang dan bila korang masukkan gambar baru, secara automatiknya nama depa keluaq (tetiba cakap utare).

-Satu lagi keynote, boleh kata macam microsoft powerpoint, tapi lagi advance. Kalau korang buat presentation di kelas atau ofis, mesti orang ingat korang pro.

Ada macam-macam lagi application yang best untuk korang explore.

KELEBIHAN MAC DI MATA AKU
-Design yang cantik
-Laju dan takda virus.
-Tak perlu  anti-virus.
-Kualiti skrin & performance yang mantop.
-Bateri tahan lama.
-Stylo kalau bawak pi mana-mana


KEKURANGAN MAC DI MATA AKU
- Kena beli hardware/device yang special dan agak mahal (original).
- Tak semua game yang famous kat PC, boleh main di Mac.
Bila baru beli Mac, korang akan lupakan awek/pakwe sementara waktu. Sebab Mac sangat menawan.
- Agak mahal bagi sesiapa yang kurang mampu.


SO, KENAPA AKU TAK BELI MAC??
Sebabnya, bermodalkan RM 3000, aku boleh beli laptop yang lagi mantop. RAM DDRIII 4GB, ATI Radeon 1GB, hard disk storage yang lagi besar dari MacBook. Satu lagi sebab, aku masih lagi belajar, kalau aku bawak Mac pi kolej, tak tau la apa akan jadi. Silap-silap putih mata aku nanti. Huhu.......

Overall aku boleh kata Mac sangat bagus!.