KENAPA AKU TAK BELI MACBOOK?


Kalau cakap pasal macbook mesti ada yang cakap "Wah! MacBook tu", "Apple Fanboy betul!" dan macam-macam lagi kata-kata pujian. Aku ni bukan PC racist atau Mac racist. Rata-rata yang dengar pasal MacBook mesti ingat harganya yang mahal. Paling murah (original) boleh dapat RM 3299 (White MacBook & MacBook Air) RM 3899 (MacBook Pro & iMac). Tapi bagi sesiapa yang teringin nak pakai jugak Mac yang murah punya, boleh la beli Mac Mini (RM 2399). So korang boleh guna monitor, keyboard dan mouse macam kat PC biasa.

Selalu jugak pakai MacBook Pro abang aku. Boleh kata semuanya tip top. Tapi biasalah kalau pakai Mac, ada je hardware/device yang special untuk dia.

MACBOOK APPLICATION
Aku sangat sangat sangat suka application kat Mac ni. Contohnya:
 
-iMovie, boleh edit video setanding pro.

-iPhoto pulak boleh organize dan edit photo. Slideshow dia memang mantop tak hengat. Satu lagi feature ada pada iPhoto, korang boleh tag nama kawan, keluarga, makwe, pakwe korang dan bila korang masukkan gambar baru, secara automatiknya nama depa keluaq (tetiba cakap utare).

-Satu lagi keynote, boleh kata macam microsoft powerpoint, tapi lagi advance. Kalau korang buat presentation di kelas atau ofis, mesti orang ingat korang pro.

Ada macam-macam lagi application yang best untuk korang explore.

KELEBIHAN MAC DI MATA AKU
-Design yang cantik
-Laju dan takda virus.
-Tak perlu  anti-virus.
-Kualiti skrin & performance yang mantop.
-Bateri tahan lama.
-Stylo kalau bawak pi mana-mana


KEKURANGAN MAC DI MATA AKU
- Kena beli hardware/device yang special dan agak mahal (original).
- Tak semua game yang famous kat PC, boleh main di Mac.
Bila baru beli Mac, korang akan lupakan awek/pakwe sementara waktu. Sebab Mac sangat menawan.
- Agak mahal bagi sesiapa yang kurang mampu.


SO, KENAPA AKU TAK BELI MAC??
Sebabnya, bermodalkan RM 3000, aku boleh beli laptop yang lagi mantop. RAM DDRIII 4GB, ATI Radeon 1GB, hard disk storage yang lagi besar dari MacBook. Satu lagi sebab, aku masih lagi belajar, kalau aku bawak Mac pi kolej, tak tau la apa akan jadi. Silap-silap putih mata aku nanti. Huhu.......

Overall aku boleh kata Mac sangat bagus!.

0 Response to "KENAPA AKU TAK BELI MACBOOK?"

Post a Comment