JANGAN BERI SALAM!
6:56 PM
amaliver2
, Posted in
islam
,
0 Comments
Akhir-akhir ni sibuk sikit dengan final exam, so tak dapat nak update blog ni. Masa check facebook tadi terjumpa satu post pasal ucapan "SALAM" yang selalu kita pakai bila jumpa member atau sesiapa yang beragama Islam. Rupa-rupanya ada maksud lain disebalik perkataan "SALAM" tu.. Wallahualam. So tanggungjawab saya sebagai Muslim ialah untuk berkongsi pengetahuan. Harap apa yang saya terima dan beri ni adalah perkara yang benar.
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)
السلاما=keamanan.....
Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.
Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
“WAALAI KUM SALAM”
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana as salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.
So mulai sekarang jom kita ubah cara kita beri salam dari "salam" ke "Assalamualaikum" atau "As salam"
p/s Selalu dengar selebriti kat Malaysia ni jawab "wa'alaikum salam" & bukannya "wa'alaikumussalam"..
(sumber:http://www.facebook.com/amat.aj1#!/note.php?note_id=457904658106&id=100000550294269)
(sumber:http://www.facebook.com/amat.aj1#!/note.php?note_id=457904658106&id=100000550294269)
0 Response to "JANGAN BERI SALAM!"
Post a Comment